Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua
sahabat2 yang berkunjung di blog ini
Post kali ini adalah mengenai dengan Usrah!
Oleh itu sy telah mewujudkan Group Usrah dalam FACEBOOK!
Join USRAH dalam FaceBook (KLIK HERE)
kerna sy tahu masing2 tidak mempunyai masa untuk berusrah kan?
selalu je sibuk dengan KERJA2 itu lah biasa nya alasan yang akan diberikan time ajak pi usrah.
oleh itu wujubnye group usrah dalam FaceBook ini..
Luahkanlah masa kita semua sekurang2 5 min je cukup la untuk usrah ini..
insya-Allah , Allah s.w.t akan berkati kita semua 5 tahun akhirat sekiranya kita sama2 menyebarkan agama ALLAH! dan membanggun bersama ISLAM!
insya-Allah!
Persoalannya apa itu usrah?
MAKSUD USRAH
Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggidi samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesame ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.
Berginilah suasana semasa berusrah
Landasan Nabi-nabi yang telah lalu ialah orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (akan segala apa yang dilakukan oleh makhluk-makhluk untuk membalasnya.)
(Al-Ahzab; 27:39)
Lihat juga As-Saba; 34:46-50
RUKUN USRAH
Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah memngambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.
Ø Berkenalan (taaruf)
Rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwwah sejati. Elakkanlah perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah Subhaanahu waTaaala dan hadith rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Jadikan firma Allah Subhaanahu wa Taaala sebagai perkara yang wajib diutamakan.
Antara firman Allah dan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah:
Orang-orang Mukmin itu bersaudara-mara.
(Al-Hujurat; 26-10)
Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.
(Ali-Imran; 3:103)
Orang Mukmin bagi orang Mukmin itu laksana bangunanyang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.
Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.
Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksan badan yang satu.
Artikal disediakan oleh tuanPunya Blog
info dari Al haqirah
No comments:
Post a Comment