Sepinya hidupku

Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

LuAhaN HaTi SeOrang YaNg TeRlUka KerNa mu..

Blog Jiwang KaRat ini:
Adalah satu blog peribadi yang tiada kene mengenal dengan sesiapa pun,sama ada yang masih hidup atau sebaliknya..
blog ini terisinye kata2 jiwang,tips2 percintaan,kenali cinta, dan pe2 lagi la pasal cinta niiii.. blog ini juga berunsuran dakwah islam,sama2lah kita menegakkan Agama Allah SWT

Disebalik Gembira hari ini Ada Sedih nye..
Disebalik Senyuman hari Ini ada murangnya..
DiSeBalik Jiwang di Blog ini ada TeRsirat nye,
Disebalik Jiwang,ada Dakwah isLam yang hendak ku sampaikan

"Biarlah aku dengan cara aku sendiri,
kerna dengan cara ku sahajalah,
aku dapat kenali diriku sendiri,
Biarlah aku ditemani pelangi di waktu senja,
kerna Hanya pElangi sahajalah yang bisa ceriakan hidpuku,
Kerna pelangi Itu adalah Kamu!"

'saya selalu berdoa, jika saya djodohkan dengan awak,
tetapkan lah hati saya dengan awak,
jika tidak,mintak Allah tenangkan hati saya dan menerima seadanya..'

"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."

cinta x semestinya bersatu jika kita tidak di takdirkan bersama. cinta sejati adalah cinta antara suami dan istri. teruskan mencintai milik kita, pasti bahagia. jangan cuba mengkhianati cinta yang telah Allah anugerahkan kepada kita. belajar mencintai dan terus mencintainya… Good luck hehe

“Kita tidak boleh mencintai orang lain,
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!

“Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kepadaku,
Jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku
Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu
yang membawa kepada kecintaan-Mu!”

JiKA BeNar Aku yang BerSalah

Jika mencintaimu satu kesalahan�biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu Sayang!

Perbaikilah Hati Kami

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

Ameen


berjuta warna pelangi di dalam hati, sejenak luluh bergeming menjauh pergi, tak ada lagi cahaya suci, semua nada beranjak, aku terdiam sepi...

Shahadah

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelate, Malaysia
Mengenalimu satu keBertulan MeDanpingmu satu KemaHuan Menyayangimu Satu Keikhlasan MEncintaimu satu kejujuran Memilikimu satu harapan

Followers

CiNtA TaSiK SeLaTan


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Selamat Datang

AKU YANG SERING TUNDUK KE BUMI DAN TAKKAN SEKALI-KALI MENDONGAK KE LANGIT

"GERSANG BUMI TANPA HUJAN, GERSANG MINDA TANPA ILMU, GERSANG HATI TANPA IMAN, GERSANG JIWA TANPA AMAL."

# “TEMAN YANG PALING BAIK ADALAH APABILA KAMU MELIHAT WAJAHNYA, KAMU TERINGAT AKAN ALLAH, MENDENGAR KATA-KATANYA MENAMBAH ILMU AGAMA, MELIHAT GERAK-GERINYA TERINGAT MATI.”

Tuesday, January 25, 2011

siapakah anda???


Siapakah orang yang sombong

- Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya
- Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita - cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya
- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli
- Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik namun tidak di endahkannya.

Siapakah orang yang sibuk
- Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya
- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara
- Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya
- Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan> apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
Siapakah orang yg miskin
- Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai
- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh
- Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
- Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya
- Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu
- Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saje yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi
- Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu di tipu
- Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik
- Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
- Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi di himpit
- Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal
- Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yg tidak berakal
- Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan siksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.


Panda dari kecil sampai dewasa

Panda yang baru lahir.. kecik dan comey!!
tengoklah gambar di bawah utk ikuti perkembangan panda dari kecik hingga la dewasa dan berkejaya... ^^

Macam mana eh rupa dia kalau dah dewasa?


Apabila dah dewasa dan telah berkejaya...
inilah panda tadii ^^

p/s : Jangan marah gurau je la.. :)

Thursday, January 13, 2011

Nak berGurau Ada Cara nye...


.....Assalammualikum buat semua.....

Alhamdulilah syukur terhadap Allah SWT kerna masih lagi diizin kan NYA utk hidup dan meneruskan kehidupan pada hari ini.. Alhamdulilah...


Beraso rindu weh ko kapung halaman... Rasa po nak balik jah kelate tanah air ku.. Rindu ko mak nga ayah yang tercinta, kak dan adk2 tersayang... anakanda disini selalu kiram kan doa buat org di kampung.. moga2 dimurahi rezeki, diberi kekuatan utk menghadapi hari2 yang akan datang.. ^^

Kembali kepado tujuan asal post kawe kali ini, iaitu "Nak BerGurau ada Caro Nyo"
kalu sebut jah pasal gurau gak.. semua ore pehe... kadang2 kita kene fikir juga cara kita nak berGurau dgn ore nii... memeng laa niat kita nak buat lawok atau sek kelete pangil nak wat nakal. lebih2 lagii kita ore gelemo pulop..

wat Nakal nii x menjadi masalah... tapi ore kato biar pade laa dgn gurau kito 2 lagu mano.. kadang2 buke semua ore buleh terimo caro kita gurau 2... mmg la niat kita nak gurau biasa2 jah dgn member2.. tapii ingat Allah anugerah kan kita AKAL utk berfikir.. jadii fikir laa caro kita gurau 2 lagu mano... kita nak buat nakal nii buleh... tapii penah KO kita fikir pasal HATI ore hok kita gurau 2... kalu gu lawe beraso hati.. buke kah dosa ko situ? lebih2 lagii kalu gurau bodo ore kelate pangil... sapo x raso otok lu gurau bodo gak...

Mujur laa dalam diri berbekal kan sedikit iman lagi.. kalu tak dop iman kawe raso memeng baloh parok situ selalu... Alhamdulilah Allah masih lagii jaga hati ini nga jaga lagi persahabatan..

WAt po gak suko gurau bodo ni? petamo gak tak lari doh nak GElaran.. kiro nye ore kenal laa dia atas dasar suke wat lawok... mmg kemas!... Kemas keming Rapat jip!

semula gak beringat la nak gurau.. kawe pun suke gurau juga... tapii kawe x dop laa sapa do oh benar... so moral dia disini pakat2 laa kita jago gurau kita dgn saing2 kita..

Thursday, January 6, 2011

Jika belum siap, Cintai ia dalam DIAM


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Adakah Kita Golongan Orang² Yang Bersyukur?

Assalammualaikum WBT

ini adalah cerita bergambar dan kisah benar

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari.

Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim. Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.


Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim


Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel. Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.


Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim


Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel.


Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.


Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.

Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan

Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim

Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?

Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya?

Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .

Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat keredhaan Allah.

Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

Kata² Hikmah:

Aku pernah makan makanan yang baik dan memiliki yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

Ikhlas beribadat - Rasai kemanisan Islam

pr0013.jpg

Oleh ZUARIDA MOHYIN

SETIAP manusia mempunyai perjalanan hidup yang berbeza-beza. Ada yang melaluinya dalam suasana yang lancar atau tanpa banyak menghadapi rintangan dan halangan.

Malah tidak ketinggalan juga yang terpaksa mengharungi kehidupan dengan onak dan duri. Itulah namanya lumrah kehidupan, tidak pernah sepi daripada pelbagai cabaran.

Pun begitu, payah atau mudah, semuanya adalah ujian dari Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui lagi Maha Memahami. Lantaran itu, sebagai hambanya, kita wajar menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini serta sentiasa mencari keredhaan-Nya.

Kisah perjalanan pengIslaman pendidik di Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor, Fuziani Abdullah, 33, boleh dikategorikan mudah atau tanpa perlu persediaan lengkap daripada segi mental dan fizikal.

Ini kerana apabila beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam, tidak ada sesiapa pun dalam keluarganya yang menentang secara terang-terangan. Malah akui Fuziani, kemudahan yang Allah kurniakan ini menyebabkan beliau terlepas daripada merasai pengalaman disingkirkan atau dipinggirkan oleh keluarga dan teman.

Apatah lagi, terpaksa mencari tempat perlindungan seperti mengadu nasib di teratak insan yang bergelar keluarga angkat.

``Pun begitu, ini tidak bermakna saya langsung tidak menghadapi masalah sewaktu mula-mula memeluk agama Islam. Dugaan tu sentiasa ada tetapi tidaklah sehebat seperti saudara-saudara baru yang lain, yang kehilangan keluarga dan kawan.

``Dugaan saya lebih kepada mencari dan mendalami agama Islam. Maksud saya dalam pengukuhan keimanan. Di Sabah dengan di Semenanjung ni jauh berbeza. Di sini, bimbingan atau pemantauan berkaitan pendidikan Islam lebih mudah dan banyak disediakan oleh pejabat agama Islam atau persatuan-persatuan berkaitan agama Islam.

``Di Sabah, boleh dikatakan ramai yang memeluk agama Islam tetapi sayangnya, selepas seseorang itu memeluk agama Islam, mereka tidak mendapat bimbingan berterusan. Saya bernasib baik kerana emak saya, Fauziah Abdullah lebih dahulu memeluk agama Islam.

Jadi, saya mendapat banyak tunjuk ajar secara tidak formal,'' cerita Fuziani yang memeluk agama Islam sewaktu berusia 12 tahun. Tambah beliau yang ditemui di rumahnya yang terletak di Taman Aman, Sabak Bernam, baru-baru ini, ilmu tentang Islam lebih banyak diperoleh selepas berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal menetap dengan keluarga bapa tiri di Kelantan sewaktu di dalam tingkatan tiga.

Apabila mendapat tawaran menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, peluang beliau mendalami Islam bertambah cerah. Ini memandangkan teman-teman sepengajian dan sekolej tidak pernah menunjukkan sikap memulaukan beliau.

Semenjak itu, kata Fuziani beliau terus menetap di Semenanjung. Apatah lagi, semasa belajar beliau berkenalan dengan seorang pemuda yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Atas tunjuk ajar yang banyak diberikan oleh Abdul Samad Jaafar, 35, akhirnya Fuziani yakin teman sepengajian beliau ini mampu membimbing dirinya ke jalan yang lebih diberkati dan diredhai Allah s.w.t.

Pada tahun 1993, Abdul Samad dan Fuziani diijab kabulkan dan sahlah bergelar suami isteri. Kini pasangan bahagia ini dikurniakan tiga orang cahaya mata; Lyana Syahirah, 10, Muhammad Dhiyaulhaq, 8, dan Muhammad Dhiyauzzaky, 3 tahun.

Mengimbau detik awal pengetahuan beliau tentang agama Islam, cerita Fuziani atau nama sebelum Islamnya, Jenny Sabastian Robert, semuanya bermula apabila seorang guru baru ditugaskan mengajar mata pelajaran Agama Islam di sekolahnya, Sekolah Rendah Kebangsaan Bundong, Tuaran, Sabah.

Persoalan

``Waktu itu saya suka berada di kelas ustaz tersebut mendengar apa yang diajarkan olehnya. Salah satu sebabnya, kerana ia satu subjek yang baru bagi kami. Secara tidak langsung, saya ikut dengar dan dalam masa yang sama turut serta membaca surah-surah yang ringkas dan mudah.

``Masa itu langsung tidak terfikir tentang Islam atau akan memeluk agama Islam kerana waktu itu saya beragama Kristian. Yang paling saya tertarik di dalam kelas Ustaz tu ialah apabila dia bercerita tentang kisah-kisah nabi.

``Minat saya kepada Islam beralih apabila banyak persoalan yang saya utarakan kepada paderi kami tidak dapat dijawab olehnya.

Antara yang cuba saya persoalkan ialah tentang pengakuan di dalam agama Kristian, mengapa perlu kepada paderi dan tidak terus kepada tuhan dan banyak lagi,'' katanya berbeza apabila diutarakan kepada Ustaz Abdullah Pardi, banyak kemusykilan yang berserabut di fikiran berjaya dijelaskan dan peliknya apa yang diterangkan diterima akal dan nyata kebenarannya.Tambah Fuziani yang pernah terpilih menjadi Tokoh Saudara Kita daerah Sabak Bernam 2004 ini, di Semenanjung inilah beliau
mengenali erti Islam yang sebenar. Lantaran itu, peluang berada di sini tidak pernah beliau sia-siakan, malah bersyukur banyak ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan Islam diperoleh di sini dan seterusnya mengambil keputusan tekad untuk terus menetap di Semenanjung.

``Di samping itu, saya juga bersyukur mempunyai keluarga mentua yang begitu bersikap terbuka dan menerima saya seadanya. Selain suami yang banyak menunjuk ajar tanpa jemu-jemu menerangkan tentang perbezaan antara ajaran Islam dan adat budaya orang Melayu, keluarga suami juga bertindak serupa.

``Kami bertunang dahulu barulah bersanding. Tiga bulan sebelum majlis berlangsung, saya belajar mengaji dengan ibu mentua. Waktu itu, saya baru berjinak-jinak mempelajari budaya orang Melayu, begitu juga dengan ibunya yang kurang pengetahuan tentang cara hidup orang Sabah.

``Alhamdulillah, segala kesulitan dan perbezaan berjaya diatasi berkat kesabaran dan keikhlasan kedua-dua pihak. Bagi saya, penghayatan Islam akan menjadi lebih mudah apabila kita dapat mempraktikkan amal ibadahnya secara ikhlas dan jujur.

``Dalam masa yang sama, kita akan rasa ketenangan dan kemanisan yang ada pada agama Islam itu,'' akui anak tunggal ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Wednesday, January 5, 2011

Dunia Tanpa Warna


Cuba bayangkan dunia tanpa warna, yang ada hanyalah warna hitam dan putih. Bayangkan kepudaran dan kesuraman. bayangkan dunia tanpa keceriaan dan
senyuman.

Apa perasaan kita?

Sanggupkah kita hidup di dunia itu? Berapa lama?


Betapa warna warni itu adalah nikmat anugerah Allah SWT yang cukup bernilai. Namun berapa ramai yang mensyukurinya? Bahkan, kebanyakan kita tidak
pernah mensyukurinya hinggalah nikmat itu ditarik balik oleh Allah SWT.

Inilah hakikat insan "suka menghitung nikmat yang telah hilang". Jika kita ingin mengetahui tentang nikmat warna ini, tanyalah pada orang buta.
Tentu ia akan menjawab dengan linangan air matanya. Betapa ingin dia
melihat warna, betapa setiap hari ia hanya melihat warna hitam yang
tidak bercahaya.

Tidakkah kita melihat betapa warna-warna alam ini menggambarkan halus dan Maha Sempurnanya ciptaan Allah SWT. Betapa warna alam ini menjadi bukti
kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ada juga manusia yang terhenti jiwanya setakat mengkagumi keindahan alam namun tidak merasa ta'jub dengan Penciptanya.Betapa alam ini adalah
lukisan kebesaran dan keagungan Allah SWT maka rugilah jiwa-jiwa yang
sekadar mengkagumi lukisan tetapi tidak Pelukisnya.

Lihatlah pergantian siang dan malam, bayangkan jika kita melihatnya untuk kali yang pertama dalam hidup kita. Tidakkah kita menemui kehalusan,
kesempurnaan, kehebatan dan keagungan. Bukankah Allah SWT tidak jadikan
semua ini sia-sia. Bahkan mukmin yang melihat keindahan ini akan
menghubungkan terus kejadian ini dengan hari kepulangannya kepada Allah
SWT. Betapa segala keindahan ini akan sirna, betapa semua ini hanyalah
sementara dan betapa semua kita akan kembali kepadanya sehingga akhirnya
ia terus tersungkur sujud sambi berdoa "Ya Allah, selamatkanlah diriku
dari Api Neraka"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang
yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa
neraka." (Ali Imran/3:190-191)

Suatu hari Jibril pernah berdoa ;



من أدرك رمضان فلم يغفر له فأبعده الله
Maksudnya: Sesiapanya yg berlalunya Ramadan dan dia TIDAK DIAMPUNKAN maka Allah akan Allah JAUHKAN DIA DARI RAHMATNYA. Nabi s.a.w berkata: “Amin” (perkenankanlah)
(Hr Ibnu Hibban)

Cinta Untuk Kamu!

1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..

5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

KAta2 HiKmAh

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.

Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba- lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

cintaku padamu begitu meluapnya luapnya hingga aku benar-benar tenggelam dalam laut rasa rindu tatapan matamu. Tatapan penuh kasih, tatapan ketika dapat kubaca bahwa aku benar benar berdiam di ceruk hatimu paling dalam. aku merindukan saat-saat itu sayang. Ketika getar-getar itu bertemu dan mengikat simpul-simpul syaraf cinta kita.
aku rindu saat kepalaku tertunduk tak sanggup membendung luapan cinta saat sinar lembut matamu menerobos ke seluruh ragaku.

aku rindu hari esok,saat janji benar-benar ku ikat di jarimanis mu..

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat- ayat al-Quran, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

(HR Bukhari Muslim)



بني الإسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وحج البيت وصوم رمضان "

“ Islam dibina atas lima perkara : mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengakui Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan”
(HR Bukhari Muslim)

Dari riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi, dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda :



مَن أفْطَرَيَومًا مِن رَمَضَانَ, فِي غَيرِ رُخْصَةٍ رَخَّصَهَا اللهُ لَهُ, لَمْ يَقْضِ عَنهُ صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ, وَاِنْ صَامَهُ
“ Sesiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan kerana diberi keringanan yang diberikan oleh Allah kepada dirinya, maka puasanya TIDAK DAPAT DIGANTI, meskipun orang itu berpuasa sepanjang tahun “

Membuat maksiat ketika berpuasa


رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ اْلجُوْع ُوَاْلعَطَشُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إ ِلاَّ السَّهْرُ
“Betapa banyak orang yang berpuasa yang tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga, dan betapa banyak orang yang melakukan qiamullail,tidak memperolah apa-apa kecuali hanya berjaga malam saja”
(HR Nasa’i, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

(HR At-Tirmizi)


إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ. وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ
“Apabila datang awal malam dari bulan Ramadhan setan-setan dan jin-jin yg sangat jahat dibelenggu pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yg terbuka sedangkan pintu-pintu surga dibuka tidak ada satu pintupun yg ditutup. Dan seorang penyeru menyerukan: ‘WAHAI ORANG YANG MENGINGINKAN KEBAIKAN, KEMARILAH. WAHAI ORANG YANG MENGINGINKAN KEJAHATAN, HENTIKANLAH.”
(HR At-Tirmizi)