أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته (^_^)
Sahabat2ku yang dirahmati Allah.. muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekelian.. bertemu dan berpisah sudah menjadi asam garam dalam kehidupan kita.. namun berbekalkan redhaNYA.. kita masih mampu bersua.. terasa rindu pada kalian semua.. lama tak bersua.. maaf segala kekhilafan diri.. tak dapat selalu bersama kalian.. tapi kalian tetap selalu diingatan dan dalam doaku.. semoga Allah menanugerahkan kebahagian dunia dan akhirat buat kalian..amin Ya Robbal Alamin
Ukhwah ini umpama tasbih
Punya awal namun tiada akhirnya
Andai tasbih ini berhenti
Rasa cinta dan mahabbah di hati
Sentiasa membara di dalam diri
Yakin dan pasti...
Sedikit masa nanti...
kita akan mengulangi tasbih ini kembali
Kerana cinta yang tertanam sentiasa bersemi
Kerana tasbih ini tautannya cinta Rabbi
Kerana kasih ini sentuhannya rahmat Ilahi
Zat yang sempurna kekal abadi
Untaian tasbih ini untuk mengingati-Nya
Diulang dan diratib demi meraih redha-Nya
Seakan ukhwah bertemu dan berpisah
Hanya untuk menyemai cinta di hati
Agar gelap pada pandangan cinta dunia
Jelas pandangannya pada nafsu yang sering berkuasa
Sungguh ukhwah ini bukan sekadar nama
Akan hidup dan mati hingga ke hujung nyawa
Saling memerlukan sesama kita
Kerana fitrah kita tiada sempurna
"Nasihat-menasihati sesama manusia"
Suruhan Ilahi muhasabah jiwa
Bimbinglah diri agar tasbih ini kekal di hati
Jangan biar ia sunyi dan sepi
Bawalah diri mengingati Rabbi
Bawalah hati saling mencintai
Ketika uhkwah ini bertasbih
Cahaya petunjuk memancarkan seri
Dalam hidayah kasih bersemi
Sedar kita adalah bersaudara
Berpisah di dunia untuk bertemu semula
Sesungguhnya dunia itu ladang meraih taqwa
Moga bertemu meraih jannah
Sedikit perkongsianan dengan sahabat2 dan muslimin dan musimah yang berbahagia.. dan dirahmati Allah sekelian..amin Ya Robbal Alamin… SUBAHANAALLAH WALHAMDULILLAH WAALLAHUAKHBAR..
Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada Rasulullah SAW di mana baginda bersabda:
Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya,
ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan: Amin.
Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan: Amin,
begitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga.
Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab: Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku: Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku pun menyahut dengan berkata: Amin.
Di tangga yang kedua Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu, aku pun menyahut: Amin.
Di tangga yang ketiga Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan: Amin.
"Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan. " WANAUN ZUBILLAH HIMIN ZALIK.... ASTAGFIRULLAH HAL AZIM.. semoga kita tidak tergolong dikalangan org2 yang rugi di dunia.. dan diakhirat.. semua org tidak mau kan menjadi golongan yg muflis kan…
--- Apakah yang kita rasa? Maksud hadis ini menggetarkan perasaan dan menyentap jiwa. Dalam keghairahan kita menyambut Syawal, tidak seharusnya kita lupa akan pemergian Ramadan…. ALLAH … dapatkah kami bertemu lg dgn bulan Ramadhan Ya Karim.. YA ALLAH YA ROBBI.. hanya ENGKAU MAHA MENGETAHUI..
Benar, kita hamba Allah, bukannya hamba Ramadan. Tetapi, tidak dapat dinafikan yang kita menggandakan amal kita sebanyak yang mungkin pada bulan ini. Sesuatu yang jarang berlaku di sebelas bulan lainnya. Bulan ini seharusnya menjadi pencetus dan jalan kepada amalan-amalan kita pada masa hadapan. Ramadan adalah suatu 'proses' .
Proses apa yang ana maksudkan?
Proses mentarbiyah diri sendiri… ALLAHU AKHBAR…
Jika dulu tidak pandang Al-Quran, mungkin kini sudah mula baca satu muka surat.
Jika dulu hanya sekadar membaca, mungkin kini sudah mula baca terjemahannya.
Jika dulu hanya sekadar menunaikan solat wajib, mungkin kini sudah mula mendirikan yang sunat… SUBAHANAALLAH WALHAMDULILLAH WAALLAHU AKHBAR
Dan proses itu terus berjalan dan berjalan. Yang penting, komitmen dan istiqamah. Itu yang payah, tetapi usahalah untuk mencuba.
Dan harapan kita semua, proses itu tidak terhenti setakat itu sahaja, biar ia berkekalan sehingga ke penghujung nyawa. Mudah-mudahan.
Apakah harapan kita pada Ramadan? ana rasa ramai yang inginkan pengampunan daripada Allah Taala, Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda;
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu."
Insya-Allah, sama-sama kita doakan…
amin YA ROBBAL ALAMIN.. MAHA SUCI ALLAH..
Dan, dalam kemeriahan kita menyambut Syawal juga, seharusnya tidak ada alasan untuk kita lupa kepada saudara seakidah kita di Palestin, Syria dan Rohingnya.(saudara seagama kita tak kira di mana berada).. Kita beraya dalam kemewahan, mereka beraya dalam kesusahan. Mari bersikap peduli. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Titipkan doa untuk mereka. Kita umat bersatu!.. ALLAHU AKHBAR
Semoga kita sentiasa istiqamah di jalanNya. Insya-Allah. Amin.
sumber dari ana mariana
No comments:
Post a Comment