Ambo anak jati kelate, blog ambo kadang-kadang update ikut versi kelate. timo kasih semua kerano melawat blog ambo ni. ambo update ikut mood
Sepinya hidupku
LuAhaN HaTi SeOrang YaNg TeRlUka KerNa mu..
Adalah satu blog peribadi yang tiada kene mengenal dengan sesiapa pun,sama ada yang masih hidup atau sebaliknya..
blog ini terisinye kata2 jiwang,tips2 percintaan,kenali cinta, dan pe2 lagi la pasal cinta niiii.. blog ini juga berunsuran dakwah islam,sama2lah kita menegakkan Agama Allah SWT
Disebalik Gembira hari ini Ada Sedih nye..
Disebalik Senyuman hari Ini ada murangnya..
DiSeBalik Jiwang di Blog ini ada TeRsirat nye,
Disebalik Jiwang,ada Dakwah isLam yang hendak ku sampaikan
"Biarlah aku dengan cara aku sendiri,
kerna dengan cara ku sahajalah,
aku dapat kenali diriku sendiri,
Biarlah aku ditemani pelangi di waktu senja,
kerna Hanya pElangi sahajalah yang bisa ceriakan hidpuku,
Kerna pelangi Itu adalah Kamu!"
'saya selalu berdoa, jika saya djodohkan dengan awak,
tetapkan lah hati saya dengan awak,
jika tidak,mintak Allah tenangkan hati saya dan menerima seadanya..'
"Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya."
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri..
sebelum mencintai Allah!
Jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku
Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu
yang membawa kepada kecintaan-Mu!”
JiKA BeNar Aku yang BerSalah
Perbaikilah Hati Kami
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
Ameen
berjuta warna pelangi di dalam hati, sejenak luluh bergeming menjauh pergi, tak ada lagi cahaya suci, semua nada beranjak, aku terdiam sepi...
Shahadah
About Me
- I LoVe IsLam
- Kota Bharu, Kelate, Malaysia
- Mengenalimu satu keBertulan MeDanpingmu satu KemaHuan Menyayangimu Satu Keikhlasan MEncintaimu satu kejujuran Memilikimu satu harapan
Followers
CiNtA TaSiK SeLaTan
Selamat Datang
"GERSANG BUMI TANPA HUJAN, GERSANG MINDA TANPA ILMU, GERSANG HATI TANPA IMAN, GERSANG JIWA TANPA AMAL."
# “TEMAN YANG PALING BAIK ADALAH APABILA KAMU MELIHAT WAJAHNYA, KAMU TERINGAT AKAN ALLAH, MENDENGAR KATA-KATANYA MENAMBAH ILMU AGAMA, MELIHAT GERAK-GERINYA TERINGAT MATI.”
Tuesday, July 13, 2010
Memang Menjadi Tabii Manusia Untuk Selalu Diingatkan.
Assalamualaikum.
Seorang rakan telah memberikan saya sekeping helaian kertas yang di dalamnya terkandung beberapa ilmu.
Sukacita untuk saya kongsikannya di sini.
10 MUWASOFAT-TAHMIDI (01)
1) Saliimul 'Aqiidah (Aqidah Yang Sejahtera)
- Tidak menjampi kecudali dengan Quran Matsur.
- Tidak berhubung dengan jin.
- Tidak meminta bantuan dari orang yang berlindung kepada jin.
- Tidak menenung nasib.
- Tidak mendekati tilik.
- Tidak mengusap kubur.
- Tidak meminta bantuan dari Si Mati.
- Tidak bersumpah dengan selain dari Allah SWT.
- Tidak mempercayai adanya sial.
- Mengikhlaskan amal untuk Allah.
- Mengimani Rukun Iman.
- Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya.
- Mensyukuri nikmat Allah SWT saat mendapat suatu nikmat.
- Sentiasa sedar bahawa Syaitan itu adalah musuh manusia.
- Menerima dan tunduk secara penuh kepada Allah SWT
- Menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah SWT.
2) Shahiihul 'Ibadah (Ibadah Yang Betul)
- Tidak menolak untuk azan.
- Bersuci dengan sempurna.
- Bersemangat untuk solat berjemaah.
- Sangat suka berjemaah di masjid.
- Memperbaiki mutu solat.
- Qiyamul-lail seminggu sekali.
- Menunaikan zakat.
- Berpuasa wajib.
- Berpuasa sunnat sehari dalam sebulan.
- Niat melaksanakan Haji.
- Komitmen dengan adab Tilawah.
- Khusyu' dalam membaca Al-Quran.
- Hafal satu Juz Al-Quran.
- Berdoa pada waktu-waktu utama.
- Menutup harinya dengan bertaubat dan beristighfar (sebelum tidur).
- Menjadikan setiap amalan mempunyai niat.
- Menjauhi dosa besar.
- Sentiasa berzikir pada pagi hari.
- Sentiasa berzikir pada petang hari.
- Mengingat Allah SWT dalam setiap keadaan.
- Memenuhi nazar.
- Menyebar luaskan Salam.
- Menahan anggota tubuh dari segala yang haram.
- Beriktikaf pada bulan Ramadhan (atau waktu biasa),jika ada kelapangan.
- Menggunakan siwak.
- Sentiasa bersuci sedaya mungkin (menjaga wudu').
3) Matiinul Khuluq (Akhlak Yang Mantap)
- Tidak takbur.
- Mempunyai pendirian.
- Tidak dusta.
- Tidak mencaci maki.
- Tidak mengadu domba.
- Tidak mengumpat.
- Tidak berdusta.
- Tidak mengejek.
- Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan.
- Tidak menjadikan orang buruk sebagai teman/sahabat.
- Menyayangi orang yang lebih muda.
- Menghormati orang yang lebih dewasa.
- Memenuhi janji.
- Menundukkan pandangan.
- Menyimpan rahsia.
- Menutupi dosa orang lain.
- Memiliki ghiroh (rasa cemburu) pada keluarganya.
- Memiliki ghiroh (rasa cemburu) pada agamanya.
4) Qaadirun 'Alal Kasbi (Mampu Berdikari)
- Menjauhi sumber penghasilan haram.
- Menjauhi riba'.
- Menjauhi judi.
- Menjauhi penipuan.
- Membayar zakat.
- Membuat simpanan meskipun sedikit.
- Sedaya upaya mengelak membuat pinjaman (berhutang).
- Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan.
- Memelihara harta awam.
- Memelihara harta peribadi.
5) Mutsaqqaful Fikri (Luas Pengetahuan)
- Mampu membaca dan menulis dengan baik.
- Membaca satu Juz Tafsir Al-Quran (Juz 30).
- Memerhatikan hukum-hukum tilawah.
- Menghafalkan separuh Arba'in (1-20).
- Menghafal 20 hadi dari Riyadhush-Sholihin.
- Mengkaji Marhalah Makkiyah dan menguasai karakteristiknya.
- Mengenal 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.
- Mengetahui hukum Thoharoh.
- Mengetahui hukum Shalat.
- Mengetahui hukum Puasa.
- Membaca sesuatu yang diluar kepakarannya 4 jam setiap minggu.
- Memperbanyakkan Ilmu Pengetahuan Am.
- Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden.
- Meneyedari adanya peperangan zionisme terhadap Islam.
- Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng.
- Mengetahui bahaya perancang keluarga.
- Mendengar dengan baik.
- Mampu memberikan pandangan.
- Bersedia menerima tugas-tugas kolektif.
- Tidak menerima syubhat yang dilemparkan ke atas kita.
6) Qawiyyul Jismi (Tubuh Badan Yang Kuat)
- Bersih badan.
- Bersih pakaian.
- Bersih tempat tinggal.
- Komitmen adab makan dan minum sesuai dengan sunnah.
- Tidak berjaga malam berlebihan.
- Komitmen dengan senaman 2 jam seminggu.
- Bangun sebelum Fajar.
- Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan.
- Meninggalkan tabiat merokok.
- Menghindari tempat-tempat kotor.
- Menghindari tempat-tempat berpenyakit.
7) Mujaahidun Linafsihi (Bermujahadah)
- Menjauhi segala yang haram.
- Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan.
- Menjauhi tempat-tempat maksiat.
8) Munazhzhom Fi Syu'unihi (Berdisiplin)
- Penampilan yang elok.
- Tidak menjalin hubungan dengan pihak-pihak yang menentang Islam.
9) Harishun 'Ala Waqtihi (Menjaga Masa)
- Bangun awal.
- Menggunakan masa tertentu untuk belajar.
10) Nafi'un Li Ghoirihi (Bermanfaat)
- Melaksanakan hak kedua ibu-bapa.
- Menyertai majlis-majlis kegembiraan.
- Membantu orang-orang yang memerlukan.
- Memberi petunjuk orang sesat.
- Menikahi pasangan yang sesuai.
Itulah dia 10 sifat-sifat mulia yang ingin saya kongsikan bersama anda.
Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan. (Mutiara Saidina Ali R.A)
"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)
Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah Nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad ayat 7).
Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi. (fowardkan)
Semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu ini.
Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.
Suatu hari Jibril pernah berdoa ;
Cinta Untuk Kamu!
1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu
2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..
3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?
4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..
5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..
6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..
KAta2 HiKmAh
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.
Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.
Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.
Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.
Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.
Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.
Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.
LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN
aku rindu saat kepalaku tertunduk tak sanggup membendung luapan cinta saat sinar lembut matamu menerobos ke seluruh ragaku.
aku rindu hari esok,saat janji benar-benar ku ikat di jarimanis mu..
terima kasih boleh saya post ke blog saya..
ReplyDeleteboleh sila kan ye
ReplyDelete